Salam there,
How’s Ramadhan treating you so far? Good?
Great!
I actually nak share pasal the basic core of minimalism: Physical Clutter, Digital Clutter, Mental Clutter & Heart Clutter.
But there’s something more important, and it’s better to share this pada awal Ramadhan…
I wrote about this on Facebook last year, so here goes:
1. Puasa bukan melemahkan. Benda ni boleh dibaiki dengan pemakanan.
2. Selalu dengar kan cerita zaman Nabi dulu berperang time puasa?
3. Btw, dulu time puasa je saya lembik. Nak masuk bulan puasa rasa risau. Today, Alhamdulillah dah tak risau.
4. Suatu hari juga, ter scroll discussion orang putih kat FB, seorang ni dia kata dia cepat penat. Saya baca komen, ramai yang bagi nasihat pasal pemakanan.
5. Suatu hari juga, waktu luar bulan puasa, I realized, kalau saya makan nasik mesti rasa penat lepas tu. Ngantuk.
6. The exploration begins. Saya mula belajar tentang O.T.A.K dengan Dr Rizal. (Otak, Tidur, Aktiviti, Kudapan). Rupanya pemakanan kita orang Malaysia banyak yang kurang sesuai.
7. That's one of the reasons yang menyebabkan badan rasa letih. Masuk puasa rasa risau. Padahal puasa banyak beri impak positif. Orang putih buat kajian, manusia perlu puasa 30 hari setahun. Depa tak tahu orang Islam ada benefit Ramadhan.
8. Makanan apa perlu elak supaya tak letih? Antaranya
Makanan berminyak,
Nasi putih,
Gula putih
Tepung putih,
Processed food: makanan dalam tin, MSG, etc.
9. Contoh makanan berminyak: Bayangkan pisang yang neutral yang datang dari pokok, direndam dalam satu kuali minyak, yang entah berapa kali minyak itu di recycle. Makan pisang yang neutral sebegitu saja lagi bagus. Allah dah jadikan pisang itu penuh nutrien. Ayam goreng, kentang goreng, deep fried food semua, cuba elak.
10. Makan nasi boleh. Cuma tukar nasi putih dengan beras perang, atau beras basmathi.
11. Gula putih, tepung putih: Kuih-muih Malaysia termasuk dalam senarai ni. Roti canai juga sama.
12. Gula putih is very bad. Harini orang jual kuih, gula berapa paket. Teh tarik, guna susu dalam tin. It's not neutral.
13. Abu Hannah pernah tulis, abam-abam kalau stop gula putih tak perlu ambil ubat kuat dah. Convincing enough. Abam abam as ketua keluarga boleh avoid buying gula putih lepas ni.
14. Processed food: Cekedis, air tin, air kotak, semuanya tak neutral. MSG, please avoid it at all costs. Banyak makanan kedai bubuh MSG. Sometimes, masa pergi restoran, saya pesan siap2, "Taknak gula, taknak ajinomoto"
15. Kalau semua tak boleh, habistu nak makan apa? Balik pada makanan neutral...
16. Contoh, skrg saya elak makan nasi untuk sahur. Makan benda-benda yang neutral. Contoh, kurma + telur tebus + ubi keledek. Jangan goreng dengan minyak pula. Rebus je.
Minum air + chia seed untuk sahur.
Boleh tengok status Bro Khan juga, beliau makan kurma + butter untuk sahur:
DrRizal juga selalu share makanan apa dia makan. Boleh follow.
17. Pagi-pagi, saya juga amalkan minum madu campur air dulu. Setengah jam lepas tu baru makan. Speaking of madu, kajian dapati banyak madu dekat Malaysia yang tak asli, tapi ditulis 'asli'. Hati-hati mencari.
18. Gula putih, tukar dengan gula kelapa. Dr Rizal ada jual, Abu Hannah ada jual, kedai organik pun ada jual. (Shopee pun ada)
19. Makan buah, tak perlu letak asam boi, sos kicap bagai. Back to neutral. Allah dah jadikan buah tu sempurna, jangan dirosakkan dengan bahan kimia lain.
20. The key is: neutral. Dapat ayam tak cucuk lagi bagus.
21. Moreh moreh lepas terawih, kuih manis-manis, elakkanlah. Dah nak tidur, kosongkan perut. Bukan tidur dengan perut penuh.
22. Panjang sangat discussion makanan berkualiti. Boleh follow DrRizal atau check website/Telegram Neuroversiti. Atau Abu Hannah.
23. DrRizal juga ada jual coco drink, bagus tu untuk sahur/breakfast. Nutrisi lengkap. Harga boleh tahan, produk berkualiti.
Additional Notes:
1. Kenapa rasa lapar waktu bepuasa?
2. Puasa Beri 4 Impak Ini
https://neuroversiti.com/puasa-beri-4-kelebihan/
3. Kenapa Berbuka Dengan Kurma?
Tamar ada magnesium. Untuk bagi tidur nyenyak. (Tidur: quality vs quantity)
4. 3 Kesan Tidur Selepas Sahur
5. 5 Makanan Perlu Elak Waktu Berbuka
6. Makanan sihat mahal?
Boleh rujuk penulisan Abu Hannah disini.
Alright guys. For some people, what I share today could be too much.
Bila kita tukar cara pemakanan, puasa beri kelebihan.
Kalau dulu, nak masuk puasa rasa risau, who knows lepas amalkan semua tips diatas, you want to puasa selang sehari diluar Ramadahan.
Love you guys.
Faaz
Whenever you’re ready, there are 2 ways I can help you:
Majalah Minimalis: Download Majalah Minimalis secara percuma + get free mini course on Declutter Your Life.
30-Day Declutter Journey: An online self-paced course to help you to stop scrolling mindlessly and start focusing on things that matter.