Salam there,
How fast 2023A is moving! Habis dah…
Year after year after year after year…
.
.
.
.
Goodyear!
Anyway…
Asalnya I plan nak tulis tentang Declutter from Attachment.
It’s something like, sometimes kita berharap sangat kat orang, sampai rasa kecewa kan?
But let’s move that to next month, sebab…
… some of you salah faham tentang mesej yang I hantar in the previous newsletter: what’s next after declutter?
I tulis haritu: So what’ next after declutter is, you should prepare for death.
Some people ingat, my mesej here is, kena banyakkan ibadah like solat, solat sunat, mengaji, puasa, i’tikaf kat masjid.
Look, that’s not what I meant.
I was a bit frustrated bila orang salah faham, sebab, all my newsletter dari newsletter#1 sampailah the previous one #059, I actually bercakap benda yang sama. I emphasize on ayat Quran yang bercakap tentang, orang yang mati nak hidup balik, sebab nak sedekah.
Then, I also emphasized tentang hadith 3 perkara: sedekah, ilmu bermanfaat, doa anak soleh.
Dia gini, solat, puasa tu semua wajib.
Bila I kata prepare for death, I tak maksudkan yang you kena tinggalkan dunia dan i’tikaf kat masjid.
In fact, ada sebuah hadis ni: (I first learned this hadith from Ustaz Haron Din)
“Manusia paling disukai Allah adalah mereka yang paling bermanfaat untuk manusia yang lain, dan amalan yang paling dicintai Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam (hati) seorang muslim, atau engkau hilang kesusahannya, atau engkau bantu melunaskannya dari belenggu hutang, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dan kerana seseorang yang berjalan dengan saudaranya untuk membantu memenuhi hajatnya lebih aku sukai daripada beriktikaf di dalam masjid ini, iaitu masjid (Nabawi) di Madinah, selama sebulan. Dan barangsiapa yang menahan kemarahannya maka Allah akan tutupi kekurangannya, dan siapa yg menahan kemarahannya, sedangkan dia sangat ingin meluahkan kemarahannya itu, nescaya Allah akan menenangkan (meredhai) hatinya pada hari kiamat, dan siapa yang berjalan bersama saudaranya sehingga berjaya membantu memenuhi hajatnya, nescaya Allah akan mengukuhkan kakinya di atas sirat pada hari yang banyak kaki-kaki tergelincir daripadanya (sirat).”
Kalau you tengok balik hadis ni:
“…seseorang yang berjalan dengan saudaranya untuk membantu memenuhi hajatnya lebih aku sukai daripada beriktikaf di dalam masjid ini, iaitu masjid (Nabawi) di Madinah, selama sebulan…”
Sebulan tu, bukan sehari.
Kalau sehari iktikaf kat masjid Nabawi, berapa banyak pahala?
Kalau tolong orang, pahala dia lebih dari beriktikaf selama sebulan di Masjid Nabawi. Bukan masjid dekat dengan rumah you tu.
See the level?
Look, you ada talent.
You bekerja, kerja you tu membantu memenuhi hajat orang lain.
You berniaga, business you, membantu orang.
You buat duit, you boleh utilize this part: …kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam (hati) seorang muslim, atau engkau hilang kesusahannya, atau engkau bantu melunaskannya dari belenggu hutang, atau engkau hilangkan kelaparannya…
Look, I pernah share sebelum ni, Haji Asri.
Kaya dah dia tu, tapi kenapa almost tiap-tiap malam nak buat live ajar orang main saham? Tiap-tiap bulan spend time buat seminar?
Sepatutnya dia enjoy je duit yang dia ada. Pergi jalan sana sini, just enjoy life je lah.
Tapi sebab dia faham, dia kena tolong orang dengan ilmu yang dia ada.
Cuba bayangkan kalau dia pilih untuk iktikaf di masjid, pagi sampai malam, hari-hari?
Mana lebih baik?
Dia keluar sampaikan ilmu dia, ajar orang buat duit, bersedekah, atau dia stay di masjid untuk ibadah, ibadah dan ibadah?
Look, I’m afraid if anyone salah faham lagi.. I’m not saying ibadah tu tak bagus. Solat puasa tu semua wajib. Yang tu memang kena buat.
But you have to know, you ada talent yang Allah bagi, kena fully utilize that.
Contoh, myself, ehem ehem bukan nak bangga diri.. but, let’s say dengan ilmu-ilmu yang I ada, and I boleh menulis… I boleh buat blog minimalis ni for you to read.
What if, if I memilih, untuk tidak menulis, dan fokus ibadah, ibadah, ibadah sahaja? And also what if, I memilih untuk Netflix every night and scroll social media instead of writing?
So when I say, prepare for death, I kena fikir, “Apa lagi ilmu yang I tak share?”
Tak boleh tangguh, sebab we never know our ‘due date’
I tak boleh tunggu retirement nanti baru buat blog. Ataupun, tunggu the perfect time to come.
The truth is, there will never be a perfect time to do something.
Last month, I was writing while on bed.
Today, I’m writing write now, dalam keadaan I sangat overwhelmed with a huge amount of task that I have right now. But I have to put that aside, and continue later, and sampaikan ilmu harini sebab I have promised untuk share one newsletter for each November and December.
Btw you know what, yesterday I watched the video yang airline Korea yang lepas dia landing, then langgar that wall, and meletup. 179 people gone, just like that.
Uish, we never know.
So jangan tangguh-tangguh dah. Kena berada dalam keadaan sentiasa bersedia.
- Mana-mana solat belum qadha, kena start qadha. 
- Mana-mana barang rasa nak declutter, kena start. Just tinggal yang betul-betul kita pakai je. 
- Mana-mana ilmu yang ada, jangan simpan sorang-sorang. Share. 
So, previously, tahun 2014 dulu, I belajar ilmu perubatan Islam dengan Ustaz Haron Din kat Bangi. Kelas setiap Isnin malam.
Dalam 1 kelas ni dia kata, dulu dia pernah jumpa dengan orang yang expert tulang. Bukan Dr.
So satu hari, something happened dekat tulang ustaz (I don’t remember what is it), and Ustaz dah pergi hospital buat xray.
So bila dia jumpa dengan expert ni, orang ni pegang je tempat yang Ustaz Haron Din sakit, dia tahu apa sakit Ustaz, and explanation dia sama dengan finding xray.
Pegang je dah tahu, tak payah xray.
Kira power lah.
Unfortunately, Ustaz Haron Din kata, orang ni tak sempat nak share ilmu dia pada orang lain, and dia meninggal.
And that’s why Ustaz Haron Din buat Darussyifa, untuk share ilmu-ilmu perubatan Islam. Sebelum ni, tiap-tiap tahun ada kelas, then almost every negeri ada kelas ni. Then bila Ustaz dah meninggal, student student dia pulak yang continue buat kelas.
So nampak tak? Ilmu tu berterusan walaupun Ustaz dah tak ada.
Berapa banyak pahala still mengalir?
The same thing with this newsletter, I hope bila I takde pun, orang still boleh baca. Tu lah maksud, prepare for death.
Fehe?
Alright, love you guys.
Faaz
p/s: Btw, next month, January, I will still send monthly newsletter inshaAllah. Hopefully start February, I akan send weekly, because I have a lot more to share, and I taknak tangguh.





